
TENTANG PROGRAM

Program Teknologi Pemesinan Industri merupakan salah satu daripada empat program yang bernaung di bawah Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan di Kolej Vokasional Arau. Program ini menawarkan dua tahap pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
​
Sijil Vokasional Malaysia diiktiraf dan adalah setara dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala bagi Diploma Vokasional Malaysia (DVM) khususnya untuk program Teknologi Pemesinan Industri di KV Arau mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Board of Technologist (MBOT).
​
Selain daripada SVM dan DVM, program ini turut menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
​
Dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan keperluan, program ini yakin mampu melahirkan modal insan yang bersedia menyertai pasaran kerja, melanjutkan pengajian dan usahawan yang berdaya saing.
PENSYARAH PROGRAM

AHMAD FITRI BIN MOHD YUSRI

AHMAD BIN ARIFFIN

SUZILA BINTI OTHMAN

AMRAN BIN HAMZAH

MEGAT EFFANDY BIN
MEGAT HAMID

MOHD SHAKIR BADRI BIN JAAFAR

ADAM @ ABAS BIN BAKAN

SYED MAHATHIR BIN
SYED MUHAMMAD
